CINTA = PRODUK PELENGKAP
Kenapa aku cakap cinta ni sama dgn produk pelengkap? Ok, mcm ni… ape rase pakai kasut tanpa stoking? Berfungsi ke jam tanpa bateri? Boleh jalan ke kereta kalau takde tayar? Same la macam cinta… Bile ada cinta, ia melengkapkan hidup kita. Ape kita rase hidup tanpa keluarga? Dengan adenye cinta, kita akan dapat sesuatu yang takde pada kita, tp pada orang lain ia ada. Jadi, CINTA itu sama dengan PRODUK PELENGKAP…
CINTA = PELANGI
Pelangi ada 7 warna kan…maksud di sebalik warna tu??
Merah = keberanian, berahi, tindakan.
Dalam cinta, kene ade keberanian, dan tindakan. Cinta tu sendiri membawa maksud berahi jugak…
Jingga = penguasaan, pengawalan, penyembuhan.
Dalam cinta, ada sifat penguasaan dan pengawalan. Kita selalu cuba untuk kawal diri kita dari menyakiti pasangan tp dalam mase yg same kita tak sedar yg kite cuba menguasai pasangan kita.
Kuning = kebijaksaan, kegembiraan, kebahagiaan.
Cinta membawa banyak kegembiraan dan kebahagiaan kepada manusia. Tapi, ia perlukan kebijaksanaan kita untuk terus berada di landasan yang betul.
Hijau = kehidupan, semulajadi, kesuburan.
Cinta itu satu kehidupan yang tumbuh secara semulajadi. Kita perlu jaga dan semai ia supaya ia terus subur di dalam jiwa.
Biru = kebenaran, keamanan, keremajaan.
Cinta perlu ade kebenaran. Cinta juga akan membuatkan seseorang itu seperti remaja. Dengan cinta juga mampu mewujudkan keamanan kepada semua.
Indigo = penguasaan diri.
Tak semuanya indah dalam cinta. Kadang-kadang lebih banyak negative yg dtg kalau seseorang itu tak pandai kawal emosi. Ia akan menyebabkan seseorang itu lebih fikirkan perasaan sendiri dari fikirkan perasaan bersama.
Ungu = magic, misteri.
Cinta mampu membawa magic ke dalam diri seseorang. Ia juga misteri yg mane tak siapa akan tahu bila ia wujud. Ape yg pasti, kita hanya akan sedar yg kita dah jatuh cinta!
So, CINTA itu same dengan PELANGI…warna2 itu membawa sejuta maksud kepada si pencinta.
CINTA = MARKETING STRATEGY
Dalam marketing strategy, kita kene ada commercial value & attraction force utk pull our target audience. Samelah dengan cinta. Setiap manusia ade value tersendiri. Cuma macam mane kite nak market kan ape yg kite ade jep berbeza…market kat sini bukanlah maksud kene jual diri murah2, tp penarik yg ade utk mendapat cinta. Attraction force tu bukan limited kat physical attraction ataupun good looking semata, tp hati budi kita sebagai manusia gak…cuba tgk Cleopatra, semua kate mcm manelah dia boleh tackle pemimpin ulung dunia sedangkan tak cantik mana pun…tp, peribadi Cleoptara cukup elok and she really has something which is her knowledge… tu attraction force dia…samelah mcm marketing strategy, iklan gempak mcm manepun tp kalau produk tak berkualiti, tade attraction force nye…So, CINTA itu sama dengan MARKETING STRATEGY…
CINTA = SALES ACTIVITY
Dalam sales activity, ia melibatkan pertukaran. Sama ade product atau services, ia perlu ditukar dengan wang. Samelah mcm cinta jugak. Ia perlukan pertukaran dan kerjasama dua pihak yang berurusan. Kalau sorang jep yang kata cinta dan memberi cinta tp sorang lagi taknak, tak jadilah hubungan cinta tu. Ia memerlukan kedua2 pihak bersetuju untuk terikat dengan kontrak perasaan. Jadi, CINTA ni samelah jugak dengan SALES ACTIVITY…
CINTA = KUCING
Cuba tengok kucing. Kucing tu haiwan yg sangat manja, nakkan perhatian tuan dia, nak kene belai2, nak kene mandikan dia, nak kene jaga kesihatan dia, dan mcm2 lagi. Tanggungjawab pada kucing ni bukan sekadar bg dia mkn kenyang2 pastu taknak layan dia. Samelah mcm cinta. Cakap I Love You sejuta kali hari2 pown, if tak belai, manja, jaga cinta tu, ia akan mati. Bile cakap belai tu, bukanlah hari-hari pegang cium peluk pasangan (ni yg belum kahwin; kalau dah kahwin tu peluk taknak lepas pown takpe =P) tp lebih kepada belai perasaan tu… jd, samelah CINTA dengan KUCING…
CINTA = GAMES
Cinta itu ibarat permainan. Kite nak menang dalam setiap perlawanan. Mcm tu jugak cinta, kita nak sentiasa memenangi hati dan perasaan pasangan kita. Dan kita akan lakukan yg terbaik hanya utk itu… Maka, CINTA ibarat GAMES…
CINTA = INVESTMENT
Dalam pelaburan, kita akan letakkan wang kita yang kadang2 kita tak pasti menjadi ke pelaburan kita tu. Mcm tu jugak dengan cinta, kita laburkan perasaan kita yg mana ia menjadi taruhan sama ada Berjaya atau tidak. Percayalah, CINTA itu sama dengan INVESTMENT…
CINTA = TOM YAM CAMPUR
Untuk menghidangkan tom yam campur yang sempurna dan enak rasenye, ramuan perlu cukup ditambah dengan bahan2 yang ade dalam tomyam tu. Tomyam campur takkan lengkap kalau setakat ade sotong tp takde ayam. Masam tapi tak pedas. Kene cukup rase barulah terangkat makan. Mcm tu jugak cinta, semua ramuan dan bahan perlu ade untuk mewujudkan perasaan cinta yang hebat. So, CINTA itu merupakan TOMYAM CAMPUR… =P
CINTA = YING YANG
Ying Yang, putih hitam, aura jahat baik. Mcm tu jugak cinta. Keras lembutnye kene bergerak seiring. Kalau pasangan tu sama2 keras hati, kasar, takde yg nak mengalah, tak menjadi…kalau dua2 api, takde yg nak jadi air, hancur la cinta tu… so, CINTA ibarat YING YANG…
CINTA = CUACA
Kejap panas, petang tiba2 hujan. Esok mendung pulak. Tiba2 ribut. Macam tulah cinta. Hari ni kita happy2 go lucky, tibe2 esok kita gaduh, dah mendung. Lepas tu sedih2 nangis, dah banjir. Putaran cinta tu memang mcm cuaca. Jadi betullah CINTA tu same jugak dengan CUACA…
CINTA = PRODUK KECANTIKAN
Ape akan jadi kalau kita pakai produk kecantikan yang tak sesuai dengan kita? Make-up tak sesuai, berjerawatlah muka. Shampoo tak sesuai, gugurlah rambut. Macam tulah cinta. Kalau kita dapat pasangan yang tak sesuai, kitalah yg menderita. Jadi, CINTA sama dengan PRODUK KECANTIKAN…
Ni teori cinta aku…walau apepon bezanye pendapat aku dengan korang, 1 yg penting untuk kita semua, bile kita dah jumpe teman sejati yang melengkapkan perjalanan hidup kita, hargailah dia dan jgn pernah cuba mencari yg lain. Sebab, boleh ke kita dapat insan terbaik seperti dia…??? Dah bace, tanye jiwe…




0 comments:
Post a Comment